Ahad, 6 Mac 2011

KITA BERJUMPA LAGI


Jumaat   0
kiki zain
Jumaat   04/03/11                                                          
Aku sepatut nya pulang pagi dan dijangka akan tiba ke johor bahru pada waktu petang nya.. tapi lain pula yang di rancang.. tetiba sahabat sekolah lama ku yang sambung study nya di batu pahat, telah menelefon ku.. kata nya dia mahu pulang hari ni.. aku pun begitu juga.. kata nya lagi, dia mahu berjumpa aku di Larkin.. tapi aku takut masa tidak mengizinkan.. akhir nya aku mencari akal untuk menukarkan tempat dan masa.. aku yang bergerak ke terminal segamat pada jam 10.30pg.. tapi bus yang pasti akan aku dan ida naiki bergerak pada jam 12.45tghri.. rasa ingin membakar bus itu jugak ada terlintas dalam hati.. sudah malang bermalang-malang(bpe byk kli malang daa), bus yang aku dan ida naiki tu adalah bus ting-ting iaitu bus berhenti-henti.. kebengangan melanda dalam diri, jiwa dan raga.. driver bus yang lagi petah berbicara mengalahkan PM di Dewan Parlimen telah pun mengambil pelajar-pelajar dari sekolah agama.. keadaan semakin sesak dan huru-hara mengalahkan gig genre hardcore.. semakin jauh berjalan semakin berkurang penumpang.. tapi, itu hanyalah mimpi seketika.. tidak di sangka driver bus yang bakal menjadi ketua pembakang telah pun menerima penumpang pelajar cina.. seperti biasa keadaan menjadi kusut dan rasakan aku seperti di tempat kaum cina bermain mahjung.. aku terasa panas dan berpeluh-peluh.. suhu penghawa dingin yang tidak terasa sejuknya.. sekali lagi yang aku sangkakan driver bus yang pasti nya akan menang dalam bahas ala parlimen, telah memberhentikan bus.. aku fikirkan penumpang nya adalah pelajar tamil.. tapi tafsiran aku salah.. rupa-rupanya kaum-kaum makcik sedang mengangkat ole-ole yang tidak pasti isi di sebalik plastik dan beg besar itu.. sehingga lah aku tiba ke.. MUAR!!  Perasaan aku yang membuak-buak ingin berjumpa dengan kekasih lama ku yang sudah 2 tahun tidak ketemu.. terlalu lama bagi ku.. dalam masa yang sama aku telah pun berjumpa kawan lama ku yang study di batu pahat.. setelah itu, aku meminta nya membeli tiket ke johor bahru.. tiket yang ada hanyalah pada jam 7mlm.. pada jam 5.30ptg, aku tidak tahu ke mana hala tuju ku.. akhirnya kekasih lama ku mencadangkan untuk membawa aku ke tanjung emas.. setelah tibe di sana, aku terasa haus.. aku meminta nya untuk membeli air.. air yang di minta oleh ku ialah air milo.. air milo yang diminum oleh ku, tidak sedap rasanya.. kami berjalan-jalan di taman permainan, dan ingin bermain buaian.. aku duduk di buaian dan di buai oleh kekasih lama ku.. sedang-sedang itu kami berbual-bual yang pasti aku tidak ingat topiknya.. terasa manis dan indah saat itu.. walaupun hubungan kami sudah tidak ada apa-apa lagi.. untuk memeriahkan lagi keadaan, aku meminta kekasih lama ku itu untuk menangkap gambar aku dengan mengguna kan phone baru nya.. comel sungguh gambar ku.. itu sudah pasti tidak boleh di nafikan dengan serta merta.. jam menunjukkan jam 6.45ptg.. kami bergerak ke terminal Muar.. sebelum aku memijak kan kaki pada tangga bus mayang sari, aku sempat mengucapkan selamat tinggal kepada kekasih lama ku (kawan lama ku sudah menaiki bus).. aku salam dan mencium tangan nya.. responnya hanya senyum dan meletakkan tangan ke atas kepala serta menggosok-gosokkan sambil berkata ‘jaga diri elok-elok’ perbuatannya itu membuat kan aku seperti anak-anak kecil.. dan aku hanya mampu senyum di depannya.. bila aku duduk di dalam bus, tiba-tiba aku dapat panggilan dari kekasih lama ku.. bila aku turun, dia meminta aku untuk menutup mata.. aku hanya menurut perintah.. dalam keadaan ramai orang, aku menutup mata dan menyangka bahawa dia akan memakai kan rantai di leher ku (terlalu banyak pengaruh dekat television) dan dia melepaskan kucupan di pipi kiri ku.. aku terkejut dan terus membuka mata tanpa melihat keadaan sekeliling.. aku mengucap kan ‘terima kasih’ dan melemparkan senyuman.. aku menaiki bus semula, dan melambaikan tangan menunjukkan selamat tinggal serta memberikan flying kiss kepadanya yang disaksikan oleh makhluk-makhluk di situ.. pada malamnya,setelah aku tiba di terminal Larkin, aku di jemput oleh kakak ku, manakala kawan lama ku hanya menaiki bus ke ulu tiram.. sebelum pulang ke rumah ku syurga ku.. aku singgah di kedai makan.. setelah selesai santap kue tiaw tomyam, aku berangkat pulang.. aku terus berSMS dengan kekasih lama ku.. tidak di sangka dia cuba untuk bercinta dengan aku semula.. aku yang sudah boleh menerimanya sebagai kawan, telahpun mengalirkan airmata.. aku teringat saat dia ungkapkan keputusan nya adalah muktamad ingin memutuskan hubungan dengan ku.. hati ku yang baik, malah masih sayangkan dirinya .. maka, dirinya, aku terima.. hati manusia senang berubah.. dengan lafaz janji nya akan menyayangi ku lebih dari seorang kawan..